Tuesday, January 18, 2011

Keseronokan membakar roti

Membuat roti bukan lg tugas yg sukar seperti dulu....selagi anda mempunyai mesin pengadun dengan cangkuk dohnya, anda boleh menyediakan doh roti hanya dalam masa 20min shj.....

Kelazatan roti yg baru di bakar mmg tiada tandingannya.kepuasan membuat roti ialah apabila kita menikmati roti panas yg cukup enak jika disapu dengan mentega atau jem....

Bahan asas untuk membuat roti juga mudah didapati...ada pelbagai nama tepung untuk membuat roti seperti tepung keras,tepung roti atau tepung high protein..tepung keras putih biasanya mengandungi 72-74 peratus bijirin tulen..beli lah yg tidak putih jika anda ingin mengelakkan pemutih kimia.tepung gandum tulen lebih tua warnanya dan mengandungi bijirin tulen.tepung ini paling berkhasiat kerana mengandungi semua vitamin,minyak dan serat.roti yg dibuat drpd tepung gandum tulen kenyal dan mempunyai sedikit rasa bijirin dan lebih berat dr roti putih.

Yis segera senang digunakan dan boleh dibancuh terus dengan tepung lalu mempercepatkan proses pemerapan dan pengembangan.gunakan air suam untuk membancuh doh kerana air yg panas boleh membunuh yis yg menyebabkan doh tidak akan mengembang.

No comments:

Post a Comment